ROKOK PEMBUNUH DALAM DIAM

SEBUTLAH apa jua jenis penyakit yang bakal menyerang dan boleh meragut nyawa, semuanya tidak berkesan di hati perokok. Makin ditegah, makin banyak kempen kesedaran diadakan, semakin menjadi-jadi pula tabiat merokok yang kini mula menular di kalangan kanak-kanak sekolah rendah.

Rasanya semua orang tahu maklumat mengenai asap rokok yang mengandungi 4,000 bahan kimia berbahaya dan 60 daripadanya sangat beracun.Antaranya Ammonia (bahan pencuci lantai), Aseton (bahan penanggal cat), Arsenik (racun anai-anai), Toluidine, Urethane, Toluena (Bahan Pelarut), Dibenzacridine, Fenol, Butana (bahan api pemetik api), Karbon Monoksida (gas beracun ekzos kereta), Polonium-210, DDT (racun makhluk perosak), Maetanol (bahan api roket), Kadmium (bahan dalam bateri kereta), Naftalena (ubat gegat), Dimethylnitrosamine, Pyrene dan Naphthylamine.


Selain itu, pengusaha memasukkan 60 jenis bahan untuk ‘menyedapkan’ rasa rokok, termasuk gula dan nikotin. Nikotin menyebabkan orang ketagih merokok dan kesannya jauh lebih berbahaya berbanding heroin.
Apabila anda merokok, asap rokok meresap masuk ke air liur dan semua sel dalam mulut. Apabila asap ditelan, semua racun tersebar ke semua sel laluan pernafasan sebelum berkumpul dalam paru-paru.Air liur bertindak balas memecahkan komponen asap rokok sebelum meresap ke salur darah.

Dari sini, bahan beracun dalam asap rokok merebak ke seluruh organ dalam badan.Ini juga sebabnya seorang lelaki boleh secara tiba-tiba mengalami masalah kesuburan, mati pucuk atau mendapat kanser prostat yang semuanya menyerang dalam diam.Asap rokok meracuni air liur yang menyebabkannya hilang manfaat asalnya. Akibatnya air liur bertukar kepada bahan yang boleh merosakkan sel dalam mulut dan menyebabkan gigi berlubang serta penyakit gusi.Dr Saunthari berkata, merokok juga boleh memberi kesan negatif terhadap semua bahagian dalam sistem pencernaan yang menyebabkan masalah ulser dan pedih ulu hati.Selain itu, asap rokok memusnahkan bahan antioksidan semula jadi dalam air liur dan ia menjadi perangsang kepada pembentukan kanser dalam mulut.“Semua hasil tembakau memberikan kesan buruk sama seperti rokok, walaupun ia tidak dibakar. Tidak benar dakwaan yang mengatakan hisap cerut kurang berbahaya berbanding rokok kerana kandungannya lebih kurang sama,” katanya.Malah, ada kajian yang dilaporkan dalam American Journal of Epidemiology menunjukkan, mengurangkan bilangan rokok dihisap setiap hari tidak memberi perbezaan nyata dengan orang yang merokok 15 batang sehari jika dinilai berdasarkan risiko kematian.

Bagaimanapun, orang yang berhenti merokok boleh merendahkan risiko kematian sebanyak 35 peratus. Pun begitu, tidak ramai berdaya sampai ke peringkat ini, melainkan dengan kemahuan sendiri dan disertai semangat tinggi.“Kebanyakan pesakit saya menyesali tindakan mereka. Untungnya penyakit mereka dapat dikesan awal dan masih boleh dirawat. Dalam keadaan ini, sudah terlambat untuk menyesal, tetapi hidup mesti diteruskan. Justeru, kami di NCSM lebih memberi tumpuan untuk menguatkan semangat mereka,” katanya.

Rokok penyebab utama:

· Penyakit jantung.
· Bronkitis.
· Strok.
· Nafas berbau.
· Gigi dan lidah bertukar warna.
· Luka dalam mulut sukar sembuh.
· Mengurangkan kepekaan deria rasa dan bau.
· Melanosis (tisu badan menjadi hitam akibat penghasilan banyak melanin).
· Masalah kerosakan gigi dan gusi.
· Gingivitis kronik.
· Ulser gingivitis.

Sunday, April 6, 2008

Kenapa saya benci rokok?

Saya merupakan seorang isteri dan bakal menjadi seorang ibu insyaallah pada bulan Ogos ini. Selama ini alhamdulillah saya sseorang yang sihat demam, pening tu biasela kan tetapi tanpa saya sedari masuk bulan ketiga saya disahkan menghidapai bronkitis @ bahasa yang lebih mudah difahami asthma. Saya tidak menyalahkan suami saya 100% tetapi kemungkinan besar saya mendapatnya daripada suami saya kerana beliau merupakan seorang perokok. Setelah keluar daripada hospital saya terpaksa bergantung pada haler. Tapi alhamdulillah suami saya telah berusaha untuk tidak merokok di depan saya. Saya tahu bukan mudah untuk hentikan tabiat merokok jadi saya berazam untuk mendapatkan S'Detox. Pesanan saya pada perokok-perokok semua jika sayangkan orang yang anda sayang berhenti merokok.